BM | EN | 中文

BANTUAN KHAS BAGI 1,513 NELAYAN DI JOHOR SELATAN

dr-sahruddin.jpg

ISKANDAR PUTERI, 6 NOV: Kerajaan negeri akan menyampaikan bantuan khas kepada seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan, bermula minggu hadapan.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, setiap nelayan akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 dan proses pemberian akan melibatkan tiga fasa.

Katanya, bantuan sedemikian telah diberikan sejak tahun 2015 lagi berikutan ada dalam kalangan para nelayan yang terjejas dengan pembangunan di Johor Selatan.

“Bantuan ini memang wajib diberikan setiap tahun, iaitu daripada Penubuhan Tabung Pembangunan Nelayan Negeri Johor yang wujud pada bulan Januari tahun 2015,” katanya pada sidang media di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada tahun-tahun sebelum ini, bantuan sedemikian diberikan di sekitar bulan Oktober dan November.

“Sebetulnya memang tiada tangguhan (pemberian bantuan khas), kerana data-data nelayan ini selalu berubah-ubah, maka, pihak kerajaan negeri harus tunggu bancian daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) terlebih dahulu,” katanya.

Dr Sahruddin berkata, nelayan-nelayan yang akan mendapat bantuan ini termasuklah di Pontian dan Tanjung Piai seramai 544 orang serta di Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau seramai 537 orang.

“Manakala, di Gelang Patah dan Pulai pula terdapat seramai 432 orang nelayan turut akan menerima bantuan ini,” katanya.

Beliau berharap bantuan tersebut dapat membantu serba sedikit kepada para nelayan yang terlibat.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top