BM | EN | 中文

BANTUAN KERAJAAN JOHOR RINGANKAN BEBAN NELAYAN

IMG-20191115-WA0034.jpg
Advertisement

 

GELANG PATAH, 15 NOV: Seorang nelayan yang kehilangan kaki kanan, terharu apabila menerima bantuan daripada kerajaan negeri Johor.

Murnig Kasi

Murnig Kasi, 48, berkata dengan bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban terutama dalam keadaannya yang kini mengalami kekurangan fizikal.

Advertisement

“Saya kehilangan kaki kanan selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan untuk menghantar hasil tangkapan kepada pembeli pada suatu ketika dulu.

“Dengan keadaan sebegini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana bantuan ini memang dapat meringankan beban,” katanya ketika ditemui Johorkini.

Abdul Rani Rahmat

Manakala bagi seorang lagi penerima Abdul Rani Rahmat, 60, beliau sempat menzahirkan rasa syukur atas pemberian kerajaan negeri kepada para nelayan di sini.

Advertisement

“Saya memang amat menghargai bantuan yang diberi kerana saya bukanlah orang yang senang, maka, bantuan ini sudah pasti akan meringankan beban,” katanya.

Murnig dan Abdul Rani merupakan antara 432 orang nelayan dari kawasan Parlimen Gelang Patah dan Pulai yang menerima bantuan khas pada satu majlis di Dewan Desa Paya Mengkuang, disini, hari ini.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, dan turut hadir Pengerusi Persatuan Nelayan Johor Selatan, Azli Mohd Aziz.

Advertisement

Dalam ucapan perasmiannya, Dr Sahruddin berkata peranan para nelayan dalam pembangunan ekonomi perlu terus mendapat pengiktirafan.

“Sejak mula menerajui pentadbiran Johor, saya bertekad memastikan kehidupan rakyat di negeri ini termasuklah golongan nelayan, diupayakan secara maksimum dalam pelbagai aspek.

“Saya tidak akan membiarkan ada entiti dan bahagian dalam masyarakat di Johor yang tertinggal dan terpinggir dalam apa sahaja pembangunan yang kita jalankan khususnya golongan nelayan,” katanya.

Advertisement

Seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000.

Kawasan yang terlibat bagi pemberian bantuan khas termasuk di Gelang Patah dan Pulai (432 nelayan), Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau (537) serta Pontian dan Tanjung Piai (544 nelayan).

Pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan berikan secara berperingkat melalui tiga fasa.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top