BM | EN | 中文

Bantuan kebajikan kepada golongan asnaf terus diutamakan – ADUN Pulai Sebatang

Bantuan-kebajikan-kepada-golongan-asnaf-terus-diutamakan.jpg

Muhammad Taqiuddin menyampaikan bantuan kepada penduduk di sekitar DUN Pulai Sebatang

PONTIAN, 6 SEPT: Ahli Dewan Undagan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Muhamad Taqiuddin Cheman berkata, budaya memberikan sumbangan kepada golongan asnaf kini menjadi tradisi di kawasan DUN itu.

Katanya, bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya di kalangan golongan itu adalah perlu berdasarkan tanggungjawab melakukan kebajikan antara manusia sesama manusia.

“Ini amanah yang kita pikul. Sememangnya kita akan mencuba sehabis mungkin untuk membantu rakyat di sini apatah lagi kepada mereka yang memerlukan di sini.

“Dalam zaman pasca Covid-19 ini kita akui terdapat ramai golongan yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

“Maka cabaran yang dialami oleh pihak kami adalah mendapatkan maklumat serta mencari sumbar bantuan kepada mereka.

“Namun hal ini bukanlah suatu perkara yang tidak boleh dilaksanakan memandangkan rata-rata mereka yang membantu ini sedar akan situasi golongan yang memerlukan tersebut,” kata Taqiuddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, agama Islam sendiri menganjurkan usaha secara bersama, serta sentiasa memerhatikan masyarakat sekeliling sama ada di kalangan mereka yang ditimpa kesusahan.

“Keikhlasan bukanlah ukuran manusia itu yang diajarkan dalam agama kita (Islam). Apa yang penting kita tidak mahu golongan ini tercicir dari mendapatkan peluang dalam menyambung kehidupan mereka.

“Saya juga bersyukur kerana rombongan pihak kami masih diterima baik oleh penduduk di Dun ini walaupun kami kini adalah pembangkang di Johor.

“Saya juga berterima kasih kepada semua yang membantu dari sudut tenaga, kewangan dan sumbangan yang bermacam-macam kepada pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pulai Sebatang,” jelasnya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top