BM | EN | 中文

Bantu usahawan ternak, keprihatinan Khairuddin dipuji

Saiful-Sahril-Saidali.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 27 OGOS: Keprihatinan Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim membantu usahawan khususnya dalam bidang ternakan mendapat pujian daripada pengusaha bidang itu.

Menurut seorang penternak berjaya, Saiful Sahril Saidali, 33, kepedulian Khairuddin dalam membantu usahawan sepertinya harus dipuji serta diharap berterusan pada masa akan datang.

Saiful Sahril Saidali

“Alhamdulillah lebih kurang dalam masa hampir tiga tahun ini, YB (KHairuddin) banyak membantu kami selain memberi sokongan dan galakan yang baik untuk terus maju pada masa hadapan.

Advertisement

“Sekarang ni di Senggarang kita berjaya usahakan untuk anak muda melahirkan kadang mereka sendiri. Alhamdulillah setakat ini mereka dah ada sepuluh kadang kambing yang diusahakan dengan cara sendiri.

“Kita sasarkan untuk mengadakan sebanyak 100 ekor induk kambing bagi membantu merancakkan lagi pasaran.

“Usaha ini dilakukan akibat kesusahan kita mendapatkan bantuan dari kerajaan dan YB banyak menolong pihak kami dalam mengusahakan pasaran sendiri,” katanya.

Advertisement

Selain penternakan kambing beliau turut mengadakan usaha hiliran dan sembelihan sehingga ke arah masakan dalam program akikah.

Tambah Saiful, anak muda di Senggarang perlu menceburi bidang tersebut kerana setakat ini sokongan dan galakan dari Adun di situ amat baik.

Adun Senggarang Ir Khairuddin A Rahim

Sementara itu, Khairuddin berkata, kerajaan seharusnya memberikan galakan dan sokongan padu kepada pengusaha-pengusaha baharu di semua kawasan.

Advertisement

Tambahnya, golongan seperti Sahril ini dapat membantu penduduk kampung untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dalam bidang ekonomi.

“Kita perlu menyokong golongan ini dan kerajaan perlu mengambil langkah yang agresif dalam menjayakan program seperti ini.

“Kita mahu mereka dibantu kerana selain pendapatan ekonomi untuk penduduk, ia juga akan memberi manfaat kepada negara dalam usaha memulihkan ekonomi.

Advertisement

“Saya juga akan berusaha untuk terus membantu mereka serta mengadakan usahawan ternak yang baharu pelbagai golongan agar dapat menceburi bidang ini sekaligus membantu kehidupan mereka sendiri,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top