BM | EN | 中文

Bantu rakyat dan ‘frontliners’ bukan adakan PRU, kata Syed Saddiq kepada Annuar Musa

syed-saddiq-annuar-musa.png
Advertisement

MUAR, 24 OKT: Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq menyelar kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang berkata kemelut politik yang sedang melanda negara boleh diselesaikan dengan pilihan raya umum (PRU).

Bekas menteri belia dan sukan itu mempersoalkan kenyataan Annuar yang berpandangan mandat harus dipulangkan kepada rakyat secepat mungkin.

“Hari-hari tuntut mahu pilihanraya umum. Hari-hari mahu desak dapat kuasa.

Advertisement

“Sedarkah Menteri bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah cukup mengajar kita semua, termasuklah saya bahawa sikap tamak, tergesa-gesa mahu merampas kuasa dan mahu rebut takhta politik ini akhirnya akan membinasakan negara buat masa ini.

“Kita sedang bergelut dengan COVID-19, wabak pandemik paling serius dalam sejarah negara moden.

“Tetapi, cadangan YB Menteri adalah segerakan pilihanraya? kata Saddiq dalam satu kenyataan.

Advertisement

Annuar turut dilaporkan berkata bahawa darurat adalah jalan terbaik mengelakkan pilihan raya ketika wabak – termasuk PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak.

Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas melawat tapak MYGrocer@Wilayah di PPR Air Panas, Setapak pagi tadi.

Menurut Annuar, jika darurat benar-benar diisytihar, ia akan berjalan selama beberapa bulan sahaja dan tidak melebihi setahun.

Advertisement

Dalam pada itu kata Syed Saddiq, pandangan Annuar tidak munasabah ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

“Kalau Persidangan Dewan Rakyat pun tidak boleh dibuat secara virtual, adakah YB Menteri yakin bahawa Pilihan Raya Umum dapat dilaksanakan dengan SOP dan keselamatan kesihatan rakyat dapat diutamakan?

“Lebih baik fokus kepada rakyat, merangka polisi yang baik untuk rakyat dan tumpukan sepenuh perhatian kepada membantu frontliners perubatan untuk melawan COVID-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top