BM | EN | 中文

Bantu karyawan, kerajaan Selangor bakal anjur persembahan seni secara maya

Selangor-Kota-Darul-Ehsan.png
Advertisement

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Selangor bakal menyusun persembahan seni tradisional secara maya bagi merancakkan semula industri yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Exco Kebudayaan, Borhan Aman Shah berkata, seni muzik, tarian dan teater melalui platform itu semakin mendapat permintaan tinggi masyarakat selain diharap menambah pendapatan karyawan.

“Penularan wabak melumpuhkan aktiviti seni yang menyebabkan kumpulan ini hilang pendapatan kerana tidak dapat menganjur persembahan.

Advertisement

“Kerajaan Negeri berharap inisiatif mengikut norma baharu ini sedikit sebanyak membantu mereka yang terjejas menjana semula pendapatan,” kata Borhan Aman Shah.

Beliau menjawab soalan Adun Rawang, Chua Wei Kiat berhubung usaha membantu industri seni yang terkesan berikutan Covid-19 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Terdahulu SelangorKini melaporkan, kerajaan negeri menganjurkan Selangor Xtiv Virtual Youth Busking bagi menyokong perkembangan aktiviti seni peringkat akar umbi, selain tempat penghibur jalanan menonjolkan bakat dan kreativiti.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top