BM | EN | 中文

Bantu gelandangan di JB: Beri ruang kepada NGO, jangan bebankan penjawat awam

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

PONTIAN, 27 JAN: Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail perlu meletakkan kepercayaan kepada NGO kebajikan yang mahu memberikan bantuan makanan kepada gelandangan di bandaraya Johor Bahru.

Adun Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman berkata, tatacara terkini dikeluarkan Exco dilihat melanbatkan kerja kebajikan, dalam masa sama menganggap NGO tidak faham prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Arahan terkini Exco bukan sahaja melambatkan kerja kebajikan, malah menambah beban tugas penjawat awam yang kita tahu berdepan kesibukan setiap hari.

Advertisement

“Exco perlu tahu bahawa hanya 30 peratus penjawat awam bekerja dari pejabat.

“Menambah tugas penyelarasan kepada penjawat awam tidak seiring matlamat NGO yang mahu melakukan kebajikan dan meringankan tugas kerajaan,” kata Taqiuddin ketika dihubungi.

Semalam, Zaiton Ismail dalam pekeliling yang beredar di kalangan NGO kebajikan berkata, NGO atau individu penderma yang mahu mengedarkan makanan kepada gelandangan perlu mengisi borang kebenaran daripada laman Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Advertisement

Borang itu perlu diserahkan semula kepada Pejabat Daerah bagi tujuan surat kebenaran yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru.

Setelah menerima surat kebenaran tersebut, NGO perlu mengemukakan borang tersebut kepada pihak PDRM di Balai Polis berhampiran untuk tujuan kebenaran dari pihak polis.

NGO dan individu kemudiannya perlu memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia mengenai pemberian makanan.

Advertisement

Ujar Taqiuddin yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, berdasarkan tatacara itu, NGO dan individu penderma perlu melalui lima agensi untuk mengedarkan makanan kepada gelandangan.

“Bukankah ini suatu pembaziran sumber masa dan tenaga?

“Empati atau keprihatinan terhadap sesuatu isu bukanlah dengan menambah tatacara. Apa yang perlu dikeluarkan hanyalah garis panduan.

Advertisement

“Dalam suasana pandemik Covid-19 ini kita yakin rakyat Malaysia patuh kepada SOP dan faham penjagaan kendiri. Kita telah dengar banyak rungutan rakyat mengenai ‘kerenah birokrasi”, bantuan yang lambat tiba dan sebagainya.

“Sepatutnya kerajaan Johor permudahkan kerja kebajikan NGO dan para dermawan ini,” katanya lagi

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top