BM | EN | 中文

Bank Negara Malaysia perlu siasat ‘Kertas Pandora’ – Guan Eng

lim-guan-eng.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Kementerian Kewangan digesa mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) membuka siasatan penuh terhadap pendedahan Kertas Pandora berkenaan aliran wang haram keluar dari Malaysia yang dianggarkan berjumlah AS$33.7 bilion.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, BNM perlu menyiasat sepenuhnya perkara itu untuk menunjukkan kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan, tetapi tiada percubaan menutup Kertas Pandora yang melibatkan rakyat Malaysia dan aliran wang haram.

“Terdapat lebih daripada 330 ahli politik yang didedahkan oleh Kertas Pandora daripada 90 negara, yang malangnya termasuklah beberapa rakyat Malaysia yang terkenal.

Advertisement

“Kertas Pandora adalah sebahagian daripada skandal aliran wang haram (IFF) yang didefinisikan oleh Global Integrity Report (GFI) sebagai dana yang diperoleh, dipindahkan, dan/atau digunakan secara haram merentas sempadan antarabangsa.

“Dana itu datangnya daripada sumber kegiatan jenayah dan rasuah,” katanya, lapor Roketkini.

Tambah Guan Eng lagi, pengubahan wang haram adalah masalah serius dan GFI menganggarkan nilai tahunan IFF berkaitan perdagangan di dalam dan di luar negara membangun berjumlah secara purata sekitar 20 peratus daripada nilai keseluruhan perdagangan negara tersebut.

Advertisement

“Menurut laporan 10 tahun terbaru oleh GFI yang bertajuk Aliran Wang Haram ke dan daripada 148 Negara Membangun: 2006-2015, Malaysia kerugian antara AS$22.9 bilion (RM94.22 bilion) dan AS$33.7 bilion (RM138.66 bilion) dalam aliran keluar wang haram dari tahun 2006 hingga 2015,” katanya.

Beliau yang juga mantan Menteri Kewangan meluahkan rasa kecewa terhadap Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun yang menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu penting tersebut di Parlimen.

“Bagi membuktikan bahawa tidak ada yang perlu disembunyikan, siasatan yang dijalankan perlu menghukum mereka yang terlibat dalam IFF dan juga mengesyorkan langkah-langkah ketat untuk mencegah aliran wang haram keluar daripada Malaysia dan bagaimana meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik,” kata Guan Eng lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top