BM | EN | 中文

BANJIR SURUT, LALUAN KOTA TINGGI-MERSING DIBUKA SEMULA

IMG-20191218-WA0024.jpg

Keadaan Jalan Kota Tinggi-Mersing (FT003) (gambar ehsan JKR Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Jalan di antara Kota Tinggi-Mersing (FT003) dibuka semula bagi semua kenderaan susulan air banjir yang melimpah di kawasan berkenaan semakin surut.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Solihan Badri berkata, air di kawasan terbabit mulai surut, sekaligus membolehkan laluan kedua-dua arah dibuka semula.

“Semua jalan boleh dilalui semua jenis kenderaan. Bagaimanapun masih perlu berhati-hati,” kata Solihan petang ini.

Advertisement

Dalam pada itu, keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dan jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan dari 5,367 orang pada jam 8 pagi tadi kepada 3,957 sehingga jam 4 petang tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, sebanyak 1,074 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala 58 PPS telah pun ditutup.

Sehingga kini, hanya 49 PPS yang masih dibuka di enam daerah yang masih terjejas iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

1 Reply to “BANJIR SURUT, LALUAN KOTA TINGGI-MERSING DIBUKA SEMULA”

  1. Hey There. I discovered your blog using msn. That is a really smartly
    written article. I will make sure to bookmark it and come back to read extra of your helpful information. Thank you for the post.
    I’ll certainly return.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top