BM | EN | 中文

Banjir: Situasi bertambah baik, hanya dua daerah di Johor terjejas

batu-pahat-banjir-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Batu Pahat Kini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUN: Banjir di Johor dilihat semakin pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 264 orang daripada 70 keluarga setakat 8 malam tadi berbanding 278 orang daripada 74 keluarga pada 8 pagi semalam

Bernama melaporkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan, hanya dua daerah masih terjejas banjir iaitu Muar dan Batu Pahat dengan empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi.

“Di Muar, seramai 150 orang daripada 41 keluarga ditempatkan di dua PPS, sementara di Batu Pahat seramai 114 mangsa melibatkan 29 keluarga juga ditempatkan di dua PPS,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Sementara itu, satu PPS di Muar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bulat telah ditutup pada 2 petang semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top