BM | EN | 中文

Banjir: Sistem perparitan di Batu Pahat perlu diselenggara – Adun Parit Yaani

Aminolhuda-banjir-Parit-Yaani-Batu-Pahat.jpg

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan menunjukkan antara parit yang tersumbat akibat tumbuhan liar

Advertisement

BATU PAHAT, 23 JUN: Hujan lebat yang melanda sebahagian besar kawasan di Johor termasuk Batu Pahat mengakibatkan banjir berlaku di beberapa tempat di daerah berkenaan.

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan yang turun meninjau ke kawasan terjejas akibat banjir pada 20 Jun lalu berkata, beliau memperolehi maklumat berkenaan banjir yang melanda.

Antara faktor utama adalah sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan air tidak boleh mengalir sekaligus mengakibatkan banjir kilat berlaku.

Advertisement

Antara kawasan yang dilanda banjir dalam kawasan DUN Parit Yaani, Batu Pahat

“Setakat pemantauan ke beberapa kawasan yang teruk terjejas akibat banjir, memang kita dapat pastikan longkang atau parit penuh dengan sampah serta rumput yang tinggi menyempitkan longkang atau parit.

“Selain itu sistem longkang utama di kawasan Taman Sri Wangsa yang agak kecil dan tidak mampu menampung lambakan air hujan turut menjadi punca utama banjir berlaku di kawasan berkenaan.

“Antara dapatan dari penduduk kampung adalah perlunya pemantauan secara berkala dilakukan bagi menyelenggara sistem perparitan di kawasan-kawasan rendah bagi mengelakkan banjir terus berlaku,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah membuat aduan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor berhubung perkara tersebut.

“Alhamdulillah, pihak JPS akan menyelenggara dengan kadar segera perkara yang dibangkitkan oleh pihak kami.

“JPS akan melakukan kerja pembersihan parit dan longkang serta membesarkan longkang sesuai kapasiti kependudukan yang padat di kawasan-kawasan terbabit.

Advertisement

“Kita juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPS kerana bertindak segera bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini,” ujarnya lagi.

Antara kawasan yang dilawati oleh beliau adalah, Parit Besar, Parit Haji Ali, Taman Sri Wangsa dan Parit Besar jalan Kluang – Batu Pahat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top