BM | EN | 中文

BANJIR PONTIAN: PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA DIBUKA SEMULA

banjir-pontian2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OKT : Mangsa banjir di daerah Pontian berjumlah 89 orang daripada 21 keluarga sehingga jam 4 petang tadi.

Berikutan itu, pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka semula di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pekan Nanas.

Kesemua mereka dari Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Maju Jaya, Kampung Sepakat Jaya dan Kampung Pak Khalid.

Advertisement

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, sebuah PPS di Batu Pahat iaitu di SK Sungai Kajang juga masih dibuka menempatkan mangsa ribut seramai 16 mangsa dari tiga keluarga.

“Ekoran penambahan itu menjadikan jumlah terkini mangsa banjir dan ribut adalah seramai 105 mangsa dari 24 buah keluarga,”katanya dalam satu kenyataan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top