BM | EN | 中文

‘Banjir merah’ di Tampoi berpunca dari pewarna pakaian kilang tekstil

banjir-merah-tampoi.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 OKT: Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Johor mengenal pasti pewarna pakaian dari sebuah kilang tekstil yang telah ditutup sejak 20 tahun lalu sebagai punca ‘banjir merah’ yang berlaku di Kampung Seri Jaya Baru, Tampoi di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata sebaik mendapat aduan dari penduduk daripada penduduk kira-kira jam 9 pagi Khamis, sepasukan anggota JAS Johor dihantar ke kampung berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati punca banjir kilat di Kampung Seri Jaya Baru yang berwarna merah itu daripada sebuah kilang tekstil yang terletak kurang satu kilometer dari kampung itu yang tidak beroperasi sejak tahun 2000.

Advertisement

“Namun hujan lebat sejak awal pagi Khamis menyebabkan dua bungkusan pewarna tekstil yang disimpan di kawasan tidak berbumbung telah pecah sebelum air banjir mengalirkannya ke kawasan kampung,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kilang tekstil berkenaan.

Menurut beliau, JAS Johor mengeluarkan Notis Arahan Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya penjaga segera melupuskan baki pewarna tekstil itu dalam tempoh 14 hari untuk pelupusan akhir di Stesen Kualiti Alam, di Bukit Nenas, Negeri Sembilan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemilik akan diheret ke mahkamah.

Advertisement

“Sampel air banjir merah itu juga sudah diuji di mana ia mengandungi kepekatan nilai pH 6 iaitu hampir neutral dengan kesan toksik tidak terlalu tinggi seterusnya tidak berbahaya kepada penduduk,” katanya.

Kejadian ‘banjir merah’ yang berlaku di Kampung Seri Jaya Baru Tampoi Khamis lalu menggemparkan penduduk selain turut tular di media sosial.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top