BM | EN | 中文

Banjir kilat: Tiga PPS dibuka di Johor Bahru, Pontian

PPS-banjir-Johor-Bahru-Pontian.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor bagi menempatkan mangsa banjir kilat berikutan hujan lebat di negeri ini sejak pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Penolong Pesuruhjaya (PA) Kama! Mokhtar berkata tiga PPS itu ialah Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai masing-masing di sini serta Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pontian.

“Setakat pukul 4 petang ini, seramai 19 penduduk melibatkan lima keluarga dari Kampung Paya Embun yang terjejas ditempatkan di PPS SK Melayu Raya yang mula dibuka sejak pukul 11 pagi tadi.

Advertisement

‘Hujan lebat melebihi enam jam telah mengakibatkan beberapa rumah di kampung tersebut dinaiki air,” katanya lapor Bemama.

Mengenai dua PPS di bandar raya ini, beliau berkata kedua-duanya mula beroperasi pada 10 pagi tadi, bagaimanapun pihaknya kini sedang mengumpul data berkenaan dengan jumlah mangsa dan kampung yang terjejas.

Kamal yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor berkata PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 menempatkan mangsa kuarantin kontak rapat COVID-19 manakala PPS SMK Skudai pula untuk individu yang tiada kontak rapat.

Advertisement

“Dua PPS terpaksa dibuka di bandar raya ini kerana mereka perlu diasingkan; katanya sambil menambah pihaknya juga sedang menunggu laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor mengenai punca dan sebab berlakunya banjir kilat di bandar raya itu.

Beliau berkata keadaan cuaca di beberapa kawasan di negeri ini dilaporkan hujan renyai setakat ini, bagaimanapun keadaan banjir kilat itu tidak menyebabkan jalan utama ditutup kepada kenderaan awam.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top