BM | EN | 中文

Banjir kilat: Sultan Johor titah JPS, PBT jalankan kajian

Sultan-Ibrahim-Ibni-Sultan-Iskandar.png

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 SEPT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) segera menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di negeri ini.

Sultan Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda turut menitahkan kedua-dua pihak itu perlu mempersembahkan laporan kajian mengenai perkara itu kepada baginda dalam kadar segera.

“Gangguan terhadap sistem saliran di Iongkang atau parit antara punca utama berlakunya banjir kilat ketika musim hujan. Justeru itu, JPS Johor dan PBT dengan segera jalankan kajian dan segerakan (mempersembahkan) laporan kepada saya, agar dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

Advertisement

“Taburan hujan yang tinggi akan menyebabkan berlaku banjir kilat seterusnya mengakibatkan kemusnahan harta benda sena memberi kesan kepada penduduk,’ titah baginda.

Sultan Johor turut menasihatkan penduduk khususnya mereka yang menetap di kawasan berisiko supaya mengambil Iangkah berjaga-jaga disebabkan faktor cuaca tidak menentu pada masa ini.

“Purata hujan yang tinggi berisiko menyebabkan berlakunya banjir kilat atau banjir di sesuatu kawasan. Oleh demikian, penduduk perlu sentiasa berhati-hati.

Advertisement

“Pada masa sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PBT dan agensi keselamatan perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan persediaan awal jika berlaku banjir,” titah baginda.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerusi kenyataan memaklumkan kira-kira 1,650 penduduk di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini terjejas setelah kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat pagi tadi.

Menurut JBPM, antara kawasan ditenggelami air dalam kejadian kira-kira 6.20 pagi itu ialah Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Laut di Skudai serta Jalan Permatang dan Jalan Denai Utama di Kempas.

Advertisement

“Tiada operasi pemindahan penduduk dilaksanakan di kesemua lokasi tersebut. Paras air banjir kilat juga menunjukkan penurunan; menurut kenyataan itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top