BM | EN | 中文

Banjir kilat: RM5.65 juta diperuntuk naik taraf sistem perparitan di Muar

Banjir-Muar.jpg

Keadaan banjir di Muar blan ini (Gambar Ehsan Melaka Explorer)

Advertisement

MUAR, 23 JUL: Sebanyak RM5.65 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf sistem perparitan di Muar, susulan banjir kilat yang kerap berlaku di daerah ini yang turut membabitkan beberapa bangunan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berkata berdasarkan hasil perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah Muar, tiga projek naik taraf akan dilaksanakan di sekitar kawasan yang sering dilanda banjir.

Projek berkenaan membabitkan Jalan Sungai Abong sepanjang 300 meter, dengan longkang konkrit akan dinaik taraf daripada saiz 300 milimeter (mm) kepada 900mm yang menelan belanja sebanyak RM500,000.

Advertisement

“Projek yang kedua merangkumi kerja menaik taraf saliran perparitan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) terutamanya di kawasan lobi hospital dengan peruntukan sebanyak RM800,000.

“Selain itu, sebanyak RM350,000 telahpun diperuntukkan dahulu untuk naik taraf saliran di kawasan parkir hospital yang mana kita akan teruskan juga,” katanya kepada pemberita ketika lawatan kerja di HPSF, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Zaiton Ismail dan Pengarah HPSF Dr Muhammad Yusof Sibert.

Advertisement

Dalam pada itu, katanya, RM4 juta lagi diperuntukkan bagi saliran perparitan di sekitar Bandar Muar yang membabitkan pembesaran pembetung, yang diharapkan dapat bermula penghujung tahun ini.

“Saya mewakili penduduk Muar berharap ia dapat mengatasi masalah banjir kilat ini, baik untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang, terutamanya untuk aliran air yang terhalang sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, banjir kilat berlaku di sekitar bandar Muar dari tempoh 13 hingga 18 Julai sehingga menjejaskan beberapa kawasan yang dipercayai berpunca ekoran hujan lebat serta saliran perparitan yang kurang baik.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top