BM | EN | 中文

Banjir kilat di Muar, lima PPS dibuka tempatkan 82 mangsa

banjir-jalan-bakri-batu-pahat.jpg

Keadaan Jalan Bakri Batu 9 dan Jalan Bakri Batu 10, di Muar yang dinaiki air (Gambar Ehsan PDRM)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JUN: Seramai 82 mangsa daripada 18 keluarga di daerah Muar ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan hujan lebat selama beberapa jam pagi tadi yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Pegawai Daerah Muar Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata setakat 4 petang, lima PPS yang dibuka ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Tohor, SK Orang Kaya Ali, SK Batu 18 dan SK Parit Nawi.

Bernama melaporkan Haffiz sebagai berkata, semua PPS mula dibuka pada 12 tengah hari.

Advertisement

Kawasan yang terjejas ialah Bentayan, Simpang Jeram, Seri Menanti, Sungai Balang dan Bukit Naning, katanya.

Mohd Haffiz berkata hujan lebat yang bermula pada 5 pagi menyebabkan air pasang meningkat sehingga 1.6 meter pada 8.39 pagi sekali gus menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air.

“Proses pendaftaran dan pemindahan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di pusat pemindahan.

Advertisement

“Bagaimanapun, pemantauan di beberapa lokasi yang berisiko masih diteruskan. Keadaan paras sungai utama berhampiran juga masih di paras normal dan terkawal,” katanya.

Beliau berkata beberapa buah rumah yang dimasuki air didapati mulai surut namun pihaknya sentiasa berjaga-jaga berikutan faktor cuaca tidak menentu dan paras air pasang dijangka meningkat kepada 2.2 meter pada sebelah malam.

“Pemantauan agensi terlibat juga masih diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top