BM | EN | 中文

Banjir kilat di 22 kawasan sekitar Muar

poster-banjir.jpg
Advertisement

MUAR, 13 JULAI: Hujan lebat seawal jam 4 pagi hari ini menyebabkan 22 kawasan sekitar bandar ini dinaiki air mengakibatkan berlakunya kejadian banjir kilat.

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah membuka sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

Angkatan Pertahanan Awam dalam satu kenyataan memberitahu, lima PPS tersebut adalah di SMK Bandar Maharani, Dewan Maharani, SMK Dato’ Amar Diraja, SK Parit Keroma dan SMK Sungai Abong.

Advertisement

“Antara 22 kawasan terjejas adalah sekitar bandar Muar, Kampung Sabak Awor, Kampung Seri Menanti, Kampung Parit Tengah, Taman Orkid, Taman Damai, Taman Mutiara, Jalan Hospital, Kampung Kelantan dan Jalan Bakri.

“Agensi kerajaan terlibat akan terus melakukan pemantauan membabitkan kawasan berisiko banjir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

[ Jom sertai kumpulan Telegram Johorkini ]

Advertisement

Sementara itu, seorang penduduk Taman Sri Temenggong memberitahu, banjir kilat yang berlaku di kawasan kediamannya sudah mencecah paras betis.

Menurutnya, penduduk mendakwa kejadian banjir kilat di taman perumahan itu berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat akibat kerja pembinaan.

“Kami berharap pihak pemaju terlibat boleh mengambil tindakan membersihkan perparitan yang menjadi punca berlakunya banjir di kawasan ini,” ujarnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top