BM | EN | 中文

Banjir kilat: Beberapa kawasan di Kluang, Johor dinaiki air

Banjir-Kluang-Kg-Bentong.jpg

Paras air Sungai Melantai di Kampung Bentong, Kluang (Gambar Ehsan FB Wong Shu Qi)

KLUANG, 10 MEI: Hujan lebat yang melanda selama kira-kira tiga jam hari ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kluang dilanda banjir kilat.

Gambar-gambar dan video merakamkan beberapa kawasan di daerah ini yang dinaiki air dikongsikan warganet di beberapa laman Facebook tempatan di Kluang.

Antara kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Bentong Dalam, persimpangan Taman Kluang Barat, Dataran Tasik Kluang, Taman Berlian dan kawasan Batu 4, Jalan Mersing.

Video memaparkan paras air yang tinggi di Sungai Mengkibol, manakala air turut melimpah di Sungai Melantai berhampiran Kampung Bentong Dalam turut disiarkan laman facebook tempatan.

Sementara itu ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata pihaknya kini bersedia untuk menyampaikan bantuan sekiranya hujan lebat berterusan di kawasan yang berkemnungkinan banjir.

Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit meninjau kawasan yang dinaiki air di Kluang

Manakala Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit turut dilihat meninjau kawasan yang dinaiki air

“Hujan lebat petang ini telah mengakibatkan takungan air di beberapa jalan utama serta banjir kilat di Kampung Bentong.

“Untuk makluman penduduk setempat, YB Muhamad Said Jonit telah turun padang bersama sukarelawan Pakatan Harapan segera.

“Kami telah siap sedia untuk bantu sekiranya ribut petir tidak henti dalam setengah jam lagi,” kata Wong Shu Qi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top