BM | EN | 中文

Banjir: Kerajaan Johor tidak cakna isu rakyat pemastautin pinggiran sungai

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Kerajaan perlu menyelesaikan isu berkaitan sungai-sungai di negeri ini sehingga menyebabkan penduduk yang tinggal di lembangan kawasan berkenaan terkesan akibat banjir.

Pengerusi Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK) Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Rozita Abdul mahu tindakan segera  diambil  kerana kerajaan negeri dilihat seperti tidak cakna dengan masalah dihadapi.

“Di sekitar Johor Bahru contohnya terdapat pembangunan dibuat di sekeliling kampung yang terjejas banjir tanpa mengira faktor sungai menjadi cetek.

Advertisement

“Sudah berulang kali banjir di kawasan pinggir sungai sehingga menyebabkan penduduk kampung mengalami kerugian yang teruk.

“Baru-baru ini hujan lebat melanda sekitar bandar raya Johor Bahru dan sekitar Skudai mengakibatkan banjir naik ke paras tinggi sehingga mencecah lebih satu meter,” tegasnya.

Beliau yang juga aktivis alam sekitar berkata, faktor geografi serta kecetekan sungai perlu dikaji semula di sekitar Johor Bahru.

Advertisement

Tambahnya, bukan sahaja banjir melanda sekitar Johor Bahru malah baru-baru ini terdapat rungutan dari penduduk di beberapa daerah lain berdepan masalah sama susulan pembangunan berhampiran sungai.

“Pembangunan yang tidak terurus adalah faktor atau punca utama lambakan tanah yang memasuki sungai apabila hujan.

“Ia mengakibatkan sungai cetek. Apabila hujan lebat melanda kawasan terbabit sungai tidak dapat menampung limpahan air yang banyak dan mengakibatkan banjir.

Advertisement

“Kajian perlu dibuat dan kerajaan dilihat tidak langsung cakna dengan masalah ini.

“Akhirnya penduduk mengalami masalah yang teruk akibat banjir yang melanda,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top