BM | EN | 中文

Banjir: Kerajaan Johor pastikan pusat pemindahan sementara dilengkapi kemudahan asas

hasni-mohammad.jpg

Hasni Mohammad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JAN: Kerajaan Johor akan memastikan pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri berkenaan mempunyai kemudahan asas yang lengkap untuk menjaga kebajikan mangsa banjir yang terjejas di beberapa daerah, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad.

“Saya berharap mangsa banjir banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Jangan bimbang, kerajaan akan menjaga kebajikan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“Pada masa yang sama, saya berharap agar orang ramai memberi kerjasama kepada jabatan yang berkaitan ketika berada di pusat pemindahan sementara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Advertisement

Terdahulu, Hasni melakukan tinjauan di PPS Kota Tinggi hari ini yang turut disertai Pegawai Daerah Kota Tinggi Farizal Ismail.

PPS berkenaan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Jaya, Sekolah Menengah Agama (SMA) Taman Kota Jaya, Sekolah kebangsaan (SK) Taman Kota Jaya dan SK Laksamana, serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Layang yang terletak di Simpang Renggam.

Setakat jam 4 petang tadi, banjir di Johor melibatkan lapan daerah dengan jumlah mangsa seramai 6,244 daripada 1,636 keluarga.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top