BM | EN | 中文

Banjir Johor: SWM Environment sedia unit tong sampah beroda, kompaktor sisa pepejal di PPS

OPERASI-BANTUAN-BANJIR-SWM-ENVIRONMENT-NEGERI-JOHOR.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JAN: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menerusi operasi bantuan banjir menempatkan sebanyak 30 unit tong sampah beroda (TSB) dan mengatur laluan lapan kompaktor perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, seramai 110 anggota kerja digerakkan dengan sokongan jentera dan aset bagi melaksanakan operasi bantuan banjir di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor yang terjejas.

Katanya, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimulakan sejak pengaktifan PPS yang menempatkan penduduk di kawasan perkhidmatan terjejas banjir.

Advertisement

“Operasi bantuan banjir SWM Environment diperluaskan menerusi inisiatif pembersihan pasca banjir di kawasan perkhidmatan.

“45 tan sampah dibersihkan dengan sokongan 18 lori Roll-On Roll-Off (RORO), lima lori Open Tipper, lima jentera penyembur (Waterjet), tiga lori Ultrawhack dan enam jentolak membabitkan kawasan Johor Bahru, Kulai, Kluang, Segamat, Kota Tinggi, Yong Peng dan Mersing.

“Kedua-dua inisiatif CSR tersebut dilaksanakan atas dasar keprihatinan SWM Environment terhadap tahap kebersihan dan kesihatan mangsa-mangsa yang ditempatkan di setiap PPS.

Advertisement

“Manakala, inisiatif pembersihan pasca banjir pula dilaksanakan untuk memudahkan mangsa-mangsa banjir melaksanakan pembersihan dan seterusnya melupuskan sisa buangan di kediaman masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, SWM Environment telah menjalinkan kerjasama erat dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor, PBT dan agensi berkaitan bagi menjayakan inisiatif CSR berkenaan.

“Pihak SWM Environment berharap inisiatif CSR tersebut memberi manfaat kepada mangsa terjejas banjir sepanjang tempoh berada di PPS dan semasa melaksanakan pembersihan pasca banjir di kediaman masing-masing,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top