(DIKEMASKINI)
JOHOR BAHRU, 25 OKT: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir di daerah Pontian iaitu SK Sri Bukit Panjang dan SK Kampung Parit Haji Adnan ditutup hari ini.
Manakala di Batu Pahat dua PPS masih dibuka iaitu SK Sungai Kajang untuk mangsa ribut manakala SK Seri Binjai yang menempatkan mangsa banjir.
Perkembangan setakat jam 8.00 malam tadi mencatatkan hanya 55 orang yang ditempatkan di dua PPS tersebut.
Jumlah tersebut membabitkan tiga keluarga yang terdiri dari 16 orang mangsa ribut, manakala sepuluh keluarga dengan jumlah 39 orang mangsa banjir.
Johorkini