BM | EN | 中文

BANJIR JOHOR: DUA PPS DIBUKA

banjir-pontian.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OKT : Seramai 75 mangsa banjir dari 18 keluarga di Pontian masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melayu Raya sehingga jam 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, kesemua mangsa adalah dari Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Maju Jaya dan Kampung Pak Khalid.

Sebuah PPS di Batu Pahat iaitu di SK Sungai Kajang juga masih dibuka menempatkan mangsa ribut seramai 16 mangsa dari tiga keluarga.

Advertisement

“PPS di Batu Pahat masih dibuka ekoran kebanyakan rumah penduduk kampung terjejas pada bahagian bumbung. Ada juga yang hampir 60 hingga 70 peratus mengalami kerosakan.

“Dikhuatiri jika berlaku hujan lebat akan mnyebabkan bahagian dalam rumah tidak sesuai untuk didiami,”katanya dalam satu kenyataan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top