BM | EN | 中文

Banjir Johor: Dua daerah masih terjejas, 488 mangsa setakat 8 pagi 

banjir.jpg

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Dua daerah di negeri ini masih terjejas dengan banjir, melibatkan 488 mangsa yang di tempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata PPS di Batu Pahat dan Segamat kini menempatkan 111 keluarga di daerah masing-masing.

“Setakat ini, seramai 451 mangsa di daerah Segamat ditempatkan di 10 PPS manakala di Batu Pahat, seramai 37 mangsa masih ditempatkan di dua PPS di daerah tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, di sini.

Kenyataan itu turut memaklumkan manakala 96 PPS telah di tutup di kawasan-kawasan yang menyaksikan keadaan banjir telah pulih.

“Di Segamat, kawasan yang terjejas termasuklah di Jalan Kolam Air, Kampung Batu Badak, Pogoh, Kampung Spang Loi, Kampung Tandong, Kuala Paya, Kampung Sanglang, Kampung Kuing Patah, Kampung Bukit Tunggal dan Kampung Pogoh.

“Manakala di Batu Pahat, kawasan yang terjejas adalah di Seri Chomel dan Kampung Peserai lama,” tambahnya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top