BM | EN | 中文

Banjir Gelang Patah, Adun Kota Iskandar turun padang

IMG-20200130-WA0011.jpg

Dzulkefly ketika melawat mangsa banjir di Kampung Tanjung Adang

Advertisement

GELANG PATAH, 30 JAN: Perihatin dengan banjir yang melanda kampung Adang, di sini, Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad semalam turun padang melawat mangsa banjir di situ.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia turut meninjau keadaan banjir di kampung berkenaan.

Katanya, hujan yang melanda dari tengahari hingga malam semalam telah menyebabkan beberapa kawasan seliaannya turut terjejas.

Advertisement

“Bantuan dari segi keperluan harian dan kelengkapan akan diusahakan untuk disalurkan kepada mangsa berkenaan.

“Kita juga akan meninjau keadaan untuk pemulihan seperti keadaan perparitan, longkang dan sungai berdekatan bagi mencari punca banjir ini berlaku.

“Punca-punca banjir ini akan dikenal pasti dan kita akan berusaha untuk membantu memperbaiki keadaan agar segala permasalahan banjir ini tidak akan berulang,” katanya.

Advertisement

Dzulkefly berkata, permakluman mengenai masalah banjir akan dikemaskini dari masa ke semasa serta permakluman mengenai cuaca dan kadar limpahan hujan akan turut dimaklumkan kepada orang kampung agar mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saluran maklumat akan diberikan kepada ketua-ketua kampung untuk mereka menyalurkan kepada orang ramai supaya segala persiapan menghadapi banjir dibuat.


“Sehubungan dengan itu, sekiranya perlu segala agensi akan dikerahkan bagi membantu mangsa banjir di tempat yang berpotensi tinggi dari bencana itu berlaku,” katanya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu, sehingga jam 11:25 malam tadi sebanyak 27 buah rumah

yang terjejas akibat banjir yang berlaku semalam di kawasan Gelang Patah.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top