BM | EN | 中文

Banjir, fenomena air pasang besar di Johor: Mangsa di PPS menurun

air-pasang-besar.png

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 NOV: Mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan fenomena air pasang besar dan banjir kilat akibat hujan lebat baru-baru ini di Johor dilaporkan menurun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata PPS Balai Raya Kampung Muhibbah, Kota Tinggi di sini yang dibuka dua hari lepas bagi menempatkan lima orang daripada sebuah keluarga ditutup pada 9 pagi.

Beliau dilaporkan Bernama berkata, ia berikutan paras air surut sepenuhnya dan keadaan cuaca bertambah balk.

Advertisement

Pada 5 Nov, hujan lebat melebihi dua jam dan pertembungan air pasang di daerah itu telah menyebabkan kediaman penduduk di Kampung Baru Sungai Mas dan Kampung Muhibbah dinaiki air, sekali gus memaksa mereka mendapatkan perlindungan di dua PPS.

PPS Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi, di sini yang menempatkan 43 orang daripada lapan keluarga ditutup sepenuhnya 6 petang semalam.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top