BM | EN | 中文

Banjir: Dua Pusat Pemindahan Sementara dibuka di Kluang

banjir-kluang-mei-2020.jpg

Keadaan banjir di Kluang baru-baru ini (Gambar Ehsan FB Wong Shu QI)

Advertisement

KLUANG, 15 MEI: Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir di daerah Kluang, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Katanya tiga daerah di negeri ini telah mengalami banjir kilat iaitu Johor Bahru, Kluang dan Tangkak sekaligus mengakibatkan beberapa PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir ini.

“Sehingga 14 Mei 2020, terdapat dua PPS masih dibuka iaitu di daerah Kluang yang melibatkan 63 orang mangsa dari 18 keluarga, manakala di daerah-daerah yang lain, semua PPS telah ditutup,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambah beliau terdapat empat mangsa yang dilaporkan mempunyai gejala jangkitan respiratori di PPS di daerah Kluang.

Namun katanya, melalui pemeriksaan fizikal dan penilaian risiko, termasuk sejarah dedahan dan sejarah perjalanan, kes-kes ini tidak dikategorikan sebagai disyaki Covid-19.

Bagi mencegah penyebaran penyakit-penyakit berkaitan banjir, Jabatan Kesihatan Negeri Johor melalui Pejabat-Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan telah mengambil pelbagai langkah bagi meningkatkan pemantauan survelan penyakit berjangkit.

Advertisement

Antaranya untuk kes-kes seperti leptospirosis, melioidosis, kolera, tifoid dan denggi.

Justeru itu, aktiviti kebersihan dan semburan disinfektan di setiap pusat pemindahan banjir dan rumah-rumah mangsa banjir telah dijalankan.

Selain itu, saringan kesihatan dan pendidikan kesihatan ditingkatkan di semua lokaliti banjir untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai risiko penyakit-penyakit berjangkit selepas banjir.

Advertisement

“Aktiviti semburan kabus insektisid dan pembersihan di pusat-pusat pemindahan dan rumah-rumah yang terlibat banjir untuk mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes.

“Pemeriksaan keselamatan dan kualiti makanan terhadap bekalan makanan mentah dan telah dimasak untuk mangsa-mangsa banjir,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top