BM | EN | 中文

Banjir: Dua PPS dibuka di Johor Bahru

banjir-batu-10-skudai.jpg

Gambar Ehsan FB Community Roda Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Seramai 136 orang daripada 62 keluarga di dua kawasan di Skudai, di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian melibatkan penduduk Kampung Laut Batu 10 dan Lorong Aris Batu 81/2 itu pada kira-kira 7.30 malam.

“Sehubungan itu, 33 orang daripada 33 keluarga di Kampung Laut Batu 10 ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kuo Kuang manakala 103 orang daripada 29 keluarga di Lorong Aris Batu 8 1/2 ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, mulai 9 malam tadi,” menurut kenyataan itu hari ini.

Advertisement

Jawatankuasa itu memaklumkan keadaan cuaca di kawasan terjejas adalah cerah ketika ini dan perkembangan kejadian akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebelum ini tiga PPS dibuka di Johor bermula Khamis lepas bagi menempatkan mangsa banjir kilat di Johor Bahru dan Pontian.

Ketiga-tiga PPS tersebut ditutup secara berperingkat sejak Jumaat lepas hingga semalam selepas banjir kilat di dua daerah itu pulih namun bandar raya ini sekali lagi dilanda banjir kilat petang semalam yang menyebabkan penduduk di dua kawasan di Skudai itu dipindahkan ke PPS malam tadi.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top