BM | EN | 中文

Banjir di Segamat semakin pulih, jumlah mangsa menurun

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 DIS: Bilangan mangsa yang terjejas di daerah ini menurun kepada 30 orang dan kesemua mereka hanya ditempatkan di satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, mereka terdiri daripada tujuh keluarga itu masih tinggal di PPS Balairaya Kampung Batu Badak yang dibuka sejak 15 Disember lalu.

“Setakat ini, kawasan yang masih terjejas adalah di Kampung Seberang Batu Badak,” katanya daam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, PPS di Dewan Kampung Tandong, Buloh Kasap ditutup pada jam 8 malam semalam (26 Disember) berikutan keadaan banjir di kawasan tersebut yang semakin pulih.

Tambahnya, pemantauan berterusan akan dilakukan oleh agensi-agensi terlibat dari semasa ke semasa meskipun keadaan cuaca yang cerah, hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan agensi yang terlibat termasuklah Pejabat Daerah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Rela.

Advertisement

“Lain-lain aensi yang terlibat termasuklah pihak Ranhill SAJ, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Penghulu Mukim, Jabatan Kerjaraya (JKR) dan lain-lain lagi,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top