BM | EN | 中文

Banjir di Muar beransur pulih

banjir.jpg
Advertisement

MUAR, 18 JUL: Keadaan banjir di Muar semakin beransur pulih, dengan hanya 71 orang daripada 16 keluarga masih berada di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan menerusi kenyataan pagi ini berkata, kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat dan SK Parit Raja, yang kedua-duanya mula beroperasi sejak 13 Julai lepas.

Ia membabitkan 58 orang daripada 13 keluarga yang berada di PPS SK Parit Keroma Darat dan 13 orang daripada tiga keluarga di PPS SK Parit Raja.

Advertisement

Kesemua mereka merupakan penduduk Parit Keroma Darat, Parit Sakai, Parit Besar, Kampung Parit Amal dan Kampung Parit Amat, yang belum dibenarkan pulang kerana kawasan kediaman masih digenangi dengan air banjir termenung.

Namun begitu, jika keadaan cuaca yang baik pada pagi ini berterusan sehingga ke petang, pihak berkuatkuasa menjangkakan, lebih ramai mangsa akan dapat pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top