KOTA TINGGI 12 DIS: Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir di daerah ini telah ditutup setakat jam 12.30 tengah hari, hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua mangsa juga telah dibenarkan pulang.
“Dua PPS yang baharu ditutup adalah di adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia dan SK Mawai,” jelas kenyataan itu.
JohorKini