BM | EN | 中文

BANJIR DI KLUANG RAGUT MANGSA PERTAMA DI SIMPANG RENGGAM

remaja-2.jpg
Advertisement

KLUANG, 17 DIS : Seorang remaja lelaki 16 tahun menjadi korban pertama banjir di Kluang selepas ditemui lemas di Sungai Parit Haji Salam di Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhd Danis Irfan Masrom dilaporkan lemas ketika sedang bermain air di lokasi kejadian bersama empat orang rakannya pada jam lebih kurang 1.49 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang sedang bermain air bersama rakan-rakannya tiba-tiba hilang dari pandangan sebelum kumpulan tersebut memaklumkan kepada orang kampung untuk meminta bantuan.

Advertisement

“Mangsa telah dijumpai oleh orang kampung dan siasatan menunjukkan tempat kejadian merupakan kawasan banjir dengan kedalaman sungai lebih kurang 13 kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, mayat telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk dibedah siasat jam 5 petang nanti.

Mohd Abduh berkata, siasatan turut menunjukkan lokasi rumah simati tiada dalam kawasan bencana banjir, manakala kes ini merupakan kejadian mangsa korban banjir pertama di Kluang selepas Ops Banjir dilaksanakan sejak 14 Disember lalu.

Advertisement

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengawasi anak-anak di musim banjir ini,” katanya lagi.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top