GELANG PATAH, 22 OKT : Hujan lebat beberapa jam menyebabkan kawasan Kampung Pulai dan Kampung Ulu Pulai, di sini, dilanda banjir.
JohorKini difahamkan air naik setinggi lima kaki menyebabkan penduduk kampung di situ terpaksa dipindahkan.
Komander Operasi kes berkenaan Pegawai Bomba Kanan II Suraini Adnan memaklumkan Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada kira-kira jam 1.19 petang tadi.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dengan kekuatan anggota seramai sembilan orang dikerahkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba berusaha memindahkan penduduk kampung
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar berlaku banjir di kawasan Kampung Pulai dan Kampung Ulu Pulai berketinggian lima kaki akibat hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Suriani berkata, status terkini paras air masih meningkat kerana air pasang.
“Operasi pemindahan mangsa sedang dijalankan dengan dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Sukarelawan, Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia dan orang kampung,” katanya.
Beliau berkata, pada masa ini, operasi masih belum ditamatkan.
JohorKini