BM | EN | 中文

BANJIR DI JOHOR SEMAKIN PULIH

IMG-20191218-WA0004.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dan jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan kepada 5,367 orang dengan penutupan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, setakat ini, tujuh daerah di negeri ini masih terjejas dengan 1,466 keluarga masih ditempatkan di 65 PPS.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, dari jumlah tersebut 1,722 mangsa di daerah Kluang ditempatkan di 13 PPS dan di Segamat seramai 1,197 ditempatkan di 24 PPS.

Advertisement

Manakala, di Mersing seramai 1,086 mangsa ditempatkan di sembilan PPS, Kota Tinggi seramai 906 mangsa ditempatkan di 10 PPS, di Pontian 248 mangsa ditempatkan di tiga PPS, di Kulai seramai 99 mangsa di dua PPS dan di Batu Pahat seramai 109 mangsa di empat PPS.

Dalam pada itu, tiga laluan di daerah Kota Tinggi ditutup untuk semua kenderaan iaitu di Ladang Risda (KM72/73 Jalan Johor Bahru – Mersing), 500m dari Simpang Balai Polis Mawai (KM43 Jalan Lok Heng – Mawai) dan Lorong Durian 2 (Jalan Felda Aping Timur).

Manakala dua jalan yang dibuka hanya untuk kenderaan berat sahaja ialah di Kubu Lama (KM59 Jalan Johor Bahru – Mersing) dan Simpang Tunjuk Laut (KM70 Jalan Johor Bahru – Mersing).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top