BM | EN | 中文

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JUL: Banjir di Johor pulih sepenuhnya, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.

Vidyananthan berkata, satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Muar, ditutup pada 6.30 petang tadi, susulan hujan lebat dan air pasang yang melanda negeri ini, 20 Jun lepas.

Tambah beliau, 15 mangsa membabitkan tiga keluarga di daerah berkenaan yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Menanti itu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Advertisement

BACA: Pusat khidmat DUN Kota Iskandar, Unit Arif bersihkan rumah mangsa banjir

“Kesemua mangsa merupakan penduduk Kampung Seri Menanti.

“Secara keseluruhannya, banjir di Johor telah surut sepenuhnya dengan kesemua PPS telah ditutup ,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Pada 20 Jun lepas, lima daerah terjejas banjir iaitu Muar, Pontian, Batu Pahat, Tangkak dan Kluang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top