BM | EN | 中文

Banjir di Johor pulih, PPS terakhir di Muar ditutup

banjir-3-e1571888750869.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JUL: Keadaan banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat, Muar, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan, menerusi satu kenyataan berkata lima mangsa banjir dari dua keluarga itu dibenarkan pulang selepas keadaan banjir di kawasan Parit Keroma Darat pulih dan selamat untuk didiami.

“Keadaan cuaca pada hari ini baik dan disebabkan itu kesemua mangsa di PPS itu telah dibenarkan pulang sebentar tadi,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top