BM | EN | 中文

Banjir di Johor makin pulih, PPS dibuka hanya di Segamat

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Keadaan banjir di Johor semakin pulih dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) hanya di daerah Segamat berjumlah 436 orang dari 101 keluarga.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, setakat 12 tengah hari tadi, 99 PPS telah ditutup manakala sembilan pusat masih di buka.

“Setakat ini, kesemua 436 mangsa ditempatkan di sembilan PPS di Segamat,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, di sini.

Advertisement

Kenyataan itu turut memaklumkan kawasan yang terjejas di daerah Segamat adalah di Jalan Kolam Air, Kampung Batu Badak, Pogoh, Kampung Spang Loi, Kampung Tandong, Kuala Paya, Kampung Sanglang, Kampung Kuing Patah dan Kampung Bukit Tunggal.

Tambahnya, sembilan PPS yang dibuka adalah di Balairaya Gemereh III, Balairaya Gemereh IV (Batu Badak), Kompleks Penghulu Pogoh, Sekolah Kampung Spang Loi, Dewan Kampung Tandong Buloh Kasap, Sekolah Agama Kuala Paya, Balairaya Kampung Sanglang, Sekolah Agama Buloh Kasap dan Balairaya Kampung Bukit Tunggal.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top