BM | EN | 中文

Banjir di Johor lebih 7,112 mangsa dipindahkan sehingga pagi tadi

banjir-johor-jan-2021.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JAN: Banjir yang melanda Johor dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini meningkat kepada 7,112 orang.

Mangsa banjir terdiri daripada 1,854 keluarga di lapan daerah setakat 8 pagi tadi, berbanding 6,391 orang malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor R Vidyananthan berkata setakat ini, 68 PPS dibuka dengan 20 di Kota Tinggi, Kluang (19), Johor Bahru (10), Mersing (enam), Kulai (lima), Segamat dan Pontian, masing-masing tiga dan dua di Batu Pahat.

Advertisement

Kluang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,527 orang, diikuti Kota Tinggi (2,029), Johor Bahru (1,279), Kulai (581), Mersing (513), Pontian (347), Batu Pahat dan Segamat, masing-masing 65 orang.

Terdahulu Bernama melaporkan tiga laluan di Kota Tinggi masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Sungai Sayong di Jambatan Sungai Sayong, Jalan Tun Sri Lanang di Bandar Kota Tinggi, Jambatan Jalan Semangar manakala Jalan Mawai Lama dibuka untuk laluan kenderaan berat sahaja.

Jalan Haji Suhud Taman Muhibbah, Johor Bahru masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan jambatan runtuh manakala di Mersing, Jalan Jemaluang-Batu Pahat serta Jalan Kota Tinggi-Mersing dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

Advertisement

“Sementara itu, Jalan Batu Pahat-Mersing di Ladang Pak Loh serta Jalan Batu Pahat-Kluang di Sekolah Menengah Kahang juga masih ditutup kepada kenderaan ringan. Jalan Batu Pahat-Mersing di Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Hock Huat ditutup untuk semua kenderaan,“ katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top