BM | EN | 中文

Banjir di Johor: Hanya satu PPS masih dibuka

banjir-johor-muar-julai-2020.jpg

Gambar Ehsan Viral Media Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 JUL: Banjir di Johor semakin pulih dengan hanya Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat, di Muar kini menjadi satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi, sehingga 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan, menerusi satu kenyataan, berkata PPS itu menempatkan lima mangsa daripada dua keluarga dari Parit Keroma Darat dan Parit Sakai.

Menurutnya, pada 8 pagi tadi, terdapat sebuah lagi PPS beroperasi, namun telah ditutup tiga jam kemudian selepas kesemua 13 mangsa daripada tiga keluarga yang berada di situ, dibenarkan pulang berikutan paras banjir yang menjejaskan kediaman mereka beransur-ansur surut.

Advertisement

Bagaimanapun, beliau berkata pihak berkuasa masih lagi memantau kawasan yang terjejas kerana Jabatan Meteorologi meramalkan akan berlaku ribut petir di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing, malam ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top