BM | EN | 中文

BANJIR DI BATU PAHAT SATU PPS DIBUKA SEJAK SEMALAM

pps.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 DIS : Seramai 52 orang mangsa daripada 13 keluarga di Batu Pahat dipindahkan sejak pagi semalam di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang berlaku.

PPS di Sekolah Agama (SA) Seri Comel itu dibuka jam 8 pagi semalam selepas tiga kawasan iaitu Kampung Parit Betong, Kampung Parit Abdul Hadi dan Kampung Parit Ju dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga jam 8 pagi ini tiada perubahan mangsa di PPS berkenaan.

Advertisement

“Keadaan paras air menunjukkan penurunan, memandangkan hujan tidak turun. Namun keadaan cuaca semasa masih mendung,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara agensi terlibat susulan pembukaan PPS itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), pejabat daerah, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penghulu mukim dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top