BM | EN | 中文

BANJIR DI BATU PAHAT PULIH, PPS DITUTUP PAGI INI

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 DIS : Banjir di daerah Batu Pahat pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka ditutup sepenuhnya pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam kenyataan memaklumkan PPS di Sekolah Agama Sri Comel yang dibuka pada Isnin lalu ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Terdahulu, PPS berkenaan sebelum ini menempatkan mangsa dari dua buah kampung iaitu Kampung Parit Betong dan Kampung Parit Abdul Raman Darat.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top