BM | EN | 中文

Banjir: Anggota, aset ATM digerak bantu mangsa banjir

ATM-kerah-anggota-gerak-aset-bantu-mangsa-banjir-Ismail-Sabri.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 JAN:Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mula mengatur gerak seramai 4,983 pegawai dan anggota tentera berserta 1,015 aset dalam Op Murni bagi membantu mangsa-mangsa banjir di enam buah negeri yang terjejas teruk.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak dilanda bah sejak akhir minggu lepas, dan kini melibatkan pemindahan 22,699 mangsa banjir di 282 pusat pemindahan.

Beliau berkata 4,983, pegawai dan anggota tentera yang diatur gerak itu adalah bagi membantu memindahkan mangsa banjir, selain memasang jambatan jenis ‘bailey bridge’ bagi menghubungkan jalan kampung yang terputus akibat bencana tersebut dengan pusat bandar.

Advertisement

Aset-aset ATM yang digerakkan melibatkan 800 buah trak pelbagai saiz, 197 pelbagai bot, 10 jambatan bailey bridge, enam buah helikopter dan dua buah pesawat pengangkut, katanya pada sidang media mengenai atur gerak ATM dalam Op Murni Bantuan Pengurusan Bencana Banjir, di Wisma Pertahanan di sini.

Beliau berkata ATM juga telah mengatur gerak sebahagian trup dan asetnya ke negeri-negeri terjejas teruk iaitu iaitu daripada Batalion 12 Rejimen Askar Melayu Diraja di kawasan tanggungjawab di Pahang iaitu Kuantan dan Maran, manakala Rejimen Pertama Kor Armor Diraja di kawasan Pekan dan Rompin.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top