BM | EN | 中文

Banjir: Amanah Johor rakam penghargaan bantuan sahabat parti dari negeri lain

hamid-jamah-amanah-johor-banjir.png
Advertisement

KLUANG, 9 JAN: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor merakamkan penghargaan kepada rakan parti dari Melaka dan Selangor yang hadir menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Pengarah Misi Peduli Banjir Amanah Johor, Abdul Hamid Jamah berkata, beliau terharu dengan sokongan dan bantuan yang diberikan dan usaha ini sedikit sebanyak meringankan bebanan pasukan dalam usaha membantu mangsa banjir di negeri ini.

“Alhamdulillah, sokongan dan bantuan yang diberikan banyak meringankan bebanan pihak Amanah Johor dalam usaha membantu mangsa banjir di sini.

Advertisement

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu baik dari parti Amanah melalui negeri dan sayap parti serta parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) yang lain.

“Kita juga mendapat sokongan dan bantuan dari Biro Kebajikan Parti Amanah, NGO, Adun-Adun, jentera dan sumbangan dari parti komponen PH iaitu DAP dan PKR dalam misi ini,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Johor berkata, usaha dilakukan pihaknya dalam misi tersebut antaranya melibatkan agihan barangan keperluan harian dan kendiri, selain bantuan pembersihan rumah yang dilanda banjir.

Advertisement

“Dalam pada masa yang sama, pasukan kita telah menyasarkan rumah-rumah yang terkesan teruk akibat bencana itu. Apa yang pasti fokus kita adalah terhadap mangsa dari golongan yang kurang berkemampuan.

“Pasukan dari Unit Arif turut dikerahkan bagi bergotong-royong membersihkan rumah serta fokus kita bukan sahaja di daerah Kluang, malah di seluruh daerah yang terjejas akibat banjir,” katanya lagi.

Turut bersama dalam misi itu adalah Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminiolhuda Hassan, Timbalan Ketua Parti Amanah Kluang, Dr Mohd Zuhan dan wakil dari parti DAP dan PKR serta rombongan AWAN, Amanah Selangor dan Melaka.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top