BM | EN | 中文

Banjir: 172 jalan persekutuan, 97 jalan negeri terjejas – Fadillah

Datuk-Seri-Fadillah-Yusof-JKR.jpg
Advertisement

RAUB, 7 JAN: Sebanyak 172 jalan persekutuan dan 97 jalan negeri di seluruh negara dilaporkan terjejas sehingga kini, susulan banjir yang melanda beberapa negeri.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah itu merangkumi jalan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Terengganu, Johor Bharu, Kelantan dan Selangor.

“Jumlah itu termasuk empat jalan runtuh, tiga dilaporkan mendap dan dua jambatan runtuh.

Advertisement

“Bagi lokasi bencana, terdapat 174 kawasan membabitkan dua kawasan banjir kilat, 153 dilanda banjir dan 10 cerun runtuh dan lain-lain,” katanya, lapor Bernama.

Beliau terdahulu meninjau kesan banjir di Ulu Dong, Raub, Pahang, semalam.

Dalam pada itu katanya Kementerian Kerja Raya (KKR) akan meneliti perancangan dan perlaksanaan pembangunan secara mampan, dengan mengambil kira impak perubahan cuaca ekstrem.

Advertisement

Beliau berkata penelitian itu merangkumi pelaksanaan projek pembangunan akan datang, dan penyelenggaran struktur yang sedia ada.

Ketika ini, kata beliau KKR menerusi agensinya sentiasa memantau kerja-kerja penyelenggaran dan baik pulih infrastruktur sedia ada, khususnya melibatkan struktur jambatan.

Mengenai lawatan itu, Fadillah berkata susulan jambatan Jalan Lenchar yang menghubungkan tiga kampung dan perumahan PRIMA Lenchar di situ, runtuh akibat banjir, Angkatan Tentera Malaysia bersetuju untuk membina jambatan sementara.

Advertisement

Jelas beliau, pemasangan jambatan sementara atau ‘compact bailey’ akan dipasang hari ini dan dijangka siap tengah hari esok.

Seramai 500 penduduk di Kampung Lenchar, Kampung Tanjung Putus dan Kampung Bukit Kemuning serta perumahan PRIMA Lenchar, terputus hubungan selepas satu-satunya jambatan disini runtuh akibat banjir.

Terdahulu, Fadillah turut melawat lokasi tanah runtuh di laluan FT 218, Seksyen 3.0 Jalan Bentong-Raub yang dipercayai berpunca daripada arus air deras yang mengalir dari lokasi pembukaan hutan berdekatan kawasan itu.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top