BM | EN | 中文

Banjir: 1,207 mangsa daripada 305 keluarga di 13 PPS di Johor setakat pagi ini

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JAN: Seramai 1,207 mangsa daripada 305 keluarga masih berada di 13 PPS pagi ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 578 orang daripada 137 keluarga berada di dua PPS di Kluang; 320 mangsa daripada 85 keluarga di lima PPS di Mersing dan 148 orang daripada 35 keluarga (tiga PPS di Kota Tinggi).

Selain itu terdapat 89 orang daripada 24 keluarga di dua PPS di Segamat dan 72 mangsa daripada 24 keluarga di sebuah PPS di Johor Bahru.

Advertisement

“Setakat ini, dua jalan iaitu Jalan Haji Suhud di Johor Bahru dan Jalan Tanah Abang di Mersing masih ditutup kepada semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top