BM | EN | 中文

BANGUNKAN BELIA BEBAS MASALAH KESIHATAN MENTAL

gmbr-fail-syeikh-omar-2.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 29 NOV : Teknologi, keusahawanan dan kreatif antara tumpuan dasar pembangunan belia negeri Johor pada tahun hadapan bagi menghadapi masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar Bagharib Ali, menjelang 2020 jumlah anak muda di Johor ialah 45 peratus dari jumlah populasi.

“Kumpulan belia yang ramai akan memberi impak secara langsung dalam ekonomi, produktiviti dan seterusnya keluaran dalam negeri atau negara (KDNK).

Advertisement

“Namun, laporan Kajian Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 telah mendapati bahawa sebanyak

51 peratus (%) pekerja di negara ini mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan membabitkan pekerjaan mereka.

“Perkara ini tentunya menjadi cabaran buat anak muda di Johor. Berdasarkan statistik Tahap Kesihatan Mental Belia oleh National Institutes of Health pada 2018, belia negeri Johor menunjukkan skor Kemurungan (14%), Tekanan (9.3%) dan Kerisauan (37%),” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan penggulungan (Belanjawan 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 14 di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Tambah Syeikh Umar lagi, dalam membangunkan belia Johor yang sihat mental dan fizikal, pada tahun 2019 sebanyak 125 program telah dijayakan disetiap daerah negeri Johor.

“Seramai 27,730 orang belia telah menyertai dan mendapat manfaat daripada program-program ini,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top