BM | EN | 中文

Bangunan MPC di Bandar Baru Uda jadi pusat saringan kesihatan dan transit

mpc-johor-bahru-JB.png

MPC Johor Bahru / Gambar Ehsan FB Johor Sihat

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUN: Kerajaan Johor akan mengunakan fasiliti Malaysia Productivity Corporation Southern Region (MPC) yang terletak di Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebagai pusat saringan kesihatan dan transit sebelum individu berstatus Individu Dalam Pemerhatian (PUS) dibenarkan di kuarantin di kediaman masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata, mereka yang positif COVID-19 akan dirujuk ke
hospital untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi individu yang ujian COVID-19 mereka negatif, mereka akan diberikan Home Quarantine (Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah) dengan menggunakan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (Home Surveillance Order) dibawah Seksyen 15,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Beliau berkata pengurusan kemasukan pengembara kekal mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan saringan suhu di semua pintu masuk masih dijalankan seperti biasa.

“Sekiranya, individu tersebut diletakkan dibawah Individu Yang Disiasat (PUI), mereka terus dirujuk ke hospital.

“Ujian saringan COVID-19 perlu dijalankan sebaik individu tersebut tiba di satu kawasan yang akan ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Advertisement

“Manakala, ujian kedua pada hari ke-13 adalah di bawah pengurusan Pejabat Kesihatan Daerah,” ujarnya.

Tambah beliau pemantauan di rumah masih dibawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dengan tindakan bersepadu antara semua pihak berkuasa termasuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

“Sekiranya mana-mana individu didapati melanggar perintah perintah pengawasan di rumah, mereka boleh didakwa di mahkamah. Semua yang masuk melalui Pintu Masuk Antarabangsa turut diarahkan untuk muat turun aplikasi MySejahtera,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top