BM | EN | 中文

Bangsa Johor jangan terlepas sertai pertandingan gambar bersama Sultan Johor!  

IMG-20200221-WA0001.jpg

Peluang masih ada buat orang ramai terutamanya bangsa Johor yang mahu menyertai 'Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor'. 

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB :- Peluang masih ada buat orang ramai terutamanya bangsa Johor yang mahu menyertai ‘Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor’ meskipun hari ini adalah hari terakhir penyertaan dibuka.

Menerusi akaun rasmi Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.

10 penyertaan terbaik akan menerima hadiah hebat termasuk gambar mereka akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.

Advertisement

Bagi menyertainya, peserta harus menekan butang ‘like’ (tanda suka) pada laman Facebook baginda.

Peserta juga boleh mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu sebelum berkongsikan berita tersebut di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.

Peserta juga dikehendaki menghantar sekeping gambar mereka bersama Sultan Johor ke Facebook Messenger Laman Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sementara gambar dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top