BM | EN | 中文

Banglo dalam kebun di Tangkak jadi stor rokok seludup

Banglo-dalam-kebun-di-Tangkak-jadi-stor-rokok-seludup.jpg

Gamar Ehsan The Voice

Advertisement

TANGKAK, 9 OKT: Sebuah banglo yang terletak dalam kawasan kebun di sini, dikesan dijadikan lokasi simpanan bekalan rokok seludup oleh seorang lelaki dalam usaha mengaburi pihak berkuasa.

Namun, kegiatan yang dijalankan sejak kira-kira tiga bulan lalu dihidu anggota risik Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras dan Batalion 6 PGA Muar.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Deputi Superintendan Salehin Suleiman, berkata dalam serbuan Isnin lalu, sejumlah 163,200 kotak rokok jenis U2 disyaki tidak bercukai dirampas dalam sebuah banglo terletak dalam kebun di Kampung Teratai, Bukit Serampang.

Advertisement

“Hasil serbuan turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang berada dalam kediaman berkenaan.

“Turut ditemui 13,600 karton rokok dan sebuah lori tiga tan serta dua buah van. Keseluruhan nilai rampasan dianggar berjumlah RM3.4 juta,” katanya, lapo Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, di sini, semalam.

Advertisement

Salehin berkata, hasil soal siasat suspek yang berperanan sebagai orang tengah dan penghantar barang mengakui baru sahaja berpindah ke banglo berkenaan sejak beberapa hari lalu untuk dijadikan pusat simpanan sementara bagi rokok seludup.

“Suspek yang aktif sebagai orang tengah sejak tiga bulan lalu, mengakui sering menyasar lokasi dalam kebun untuk menyimpan bekalan rokok seludup. Setelah bekalan habis diedarkan, suspek akak mencari lokasi baharu di kebun yang berbeza.

“Lelaki yang turut mempunyai rekod lampau berkaitan narkotik ini kini direman selama 14 hari bermula Selasa di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan saki baki suspek termasuk pemilik banglo bagi membantu siasatan terutama usaha menjejaki dalang sindiket itu.

“Sejak Januari hingga semalam, Batalion 6 PGA melakukan 15 serbuan Op Kontraban di sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dengan tangkapan membabitkan 34 individu membabitkan nilai rampasan sebanyak RM7 juta,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top